Bukan sambutan Raya lah kalau tak ada iklan raya yang meruntun jiwa betul tak? Setiap tahun, mesti ada saja iklan yang akan buat kita menangis teresak-esak!
Untuk tahun ini, Julie’s buka lembaran iklan raya, bertajuk “Selamat Lari Raya”, dan sejujurnya, lepas kami tonton video penuh, memang ibarat menaiki roller coaster emosi- dari kelakar, menyentuh hati hingga mencetuskan pemikiran.
Iklan raya ini mengisahkan tentang seorang Atuk yang cuba sedaya upaya untuk masuk ke dalam penjara, berjumpa cucunya Johan, setelah suratnya tidak dibalas.
Walaupun nampak agak kelakar, tapi sebenarnya kalau korang mendalami betul-betul, korang akan tersentuh dengan setiap apa yang Atuk ni cuba buat untuk kekal bersama Johan.
Tapi, apa yang terjadi pada Johan? Johan yang dulunya seorang anak yang sangat baik, telah dimasukkan ke dalam penjara disebabkan merompak kedai emas.
Semasa Johan di penjara, dia sentiasa dipandang pelik oleh banduan-banduan di sana dek sentiasa bercakap seorang diri, walhal sebenarnya dia berhalusinasi gemas kepada arwah Neneknya.
Chop, chop, chop, jadi apa yang buatkan Johan berubah? Kenapa Johan masuk penjara dan selalu menengking pada halusinasi arwah Neneknya? Apa yang terjadi pada Johan sampaikan dia tak balas surat Atuknya dan kenapa Atuk berkorban demi berjumpa Johan?
Haa, ni dah kira panjang dah kami cerita ni. Kalau nak tahu apa yang jadi, korang memang kena tengok sendiri sampai habis! Pastikan sediakan tisu sekotak kat tepi tau!
Kongsi Kemeriahan Lebaran Bersama Julie’s Love Letters!
Alang-alang tengah borak pasal iklan raya ni, korang dah ada ke kuih raya untuk dihidangkan nanti?
Apa? Belum lagi? Raya itu tradisi, dan tiada yang lebih istimewa daripada berkongsi manisnya kenangan dengan yang tersayang.
Jadi, apa kata untuk tahun ini korang dapatkan Julie’s Love Letters, yang mempunyai rasa unik, klasik dan penuh nostalgia, sesuai untuk dijadikan kuih raya Malaysia. Tahun ini, meriahkan lebaran dengan saat indah bersama.
Ingat lagi tak babak dalam iklan raya di mana Johan bersama Atuk dan Neneknya curhat tentang kesilapan lampau? Haa, kan masa itu semua banduan makan Julie’s Love Letters! Nampak macam sedap kan?
Memang sedap pun guys! Sesuai sangat untuk dijadikan sebagai hidangan raya nanti sebab ia mempunyai 3 jenis iaitu Love Letters Chocolate, Love Letters Strawberry dan Love Letters Vanilla.
Kuih raya yang lain dah habis? Jangan risau, letak saja Julie’s Love Letters di meja, kami jamin confirm habis licin!
Psst, untuk jadikan kudap-kudapan sambil tonton telemovie raya pun onz sangat tau!
Jadi, tunggu apa lagi? Cepat serbu pasaraya terdekat sekarang dan dapatkan ketiga-tiga perisa Julie’s Love Letters sekarang juga! Jangan lambat-lambat, takut habis pula nanti orang borong!