“Ini punca rezeki saya!”- Zarina Anjoulie minta maaf, dibayar buat pembedahan hidung

“Ini punca rezeki saya!”- Zarina Anjoulie minta maaf, dibayar buat pembedahan hidung

Pelakon seksi sensasi, Zarina Anjoulie minta maaf kepada segelintir pihak yang tidak selesa dengan hantaran terbaharunya iaitu menjalani pembedahan plastik di bahagian hidung, baru-baru ini.

Menerusi beberapa hantaran video di Instagramnya, Zarina berkongsi keadaan wajahnya ketika sebelum dan selepas melakukan pembedahan tersebut yang dipercayai dilakukan di Vietnam.

Zarina atau mesra disapa Anju juga memaklumkan dirinya kini memerlukan rehat yang secukupnya.

Artikel lain: Kenal sejak remaja, hubungan Zarina Anjoulie dan Nedim ibarat adik abang

Menurut Zarina, pembedahan tersebut melibatkan kos sebanyak 2,000 USD bersamaan dengan RM8,639.

“Hidung saya dah tak ada benjol dekat depan, doktor dah ratakan bahagian itu dan sekarang kalau saya nak buat photoshoot atau bergambar lagi cantik dari sisi tepi,”katanya.

Zarina Anjoulie minta maaf

Sedar dirinya menerima kecaman, Zarina tampil meminta maaf secara terbuka kepada orang ramai di Instagram.

Zarina Anjoulie berkata, tujuannya berkongsi hantaran tersebut bukanlah kerana mahu membuka aib sendiri di media sosial, sebaliknya hanya menjalankan tugas kerana sudah dibayar oleh pihak berkenaan.

“Tolong faham, ini punca rezeki saya walaupun tak banyak duit, ni juga saya nak bawa balik bayar yuran sekolah, mengaji dan baranga dapur. 
“Bukannya untuk saya beli beg baru ke BMW ke nak tayang..,”jelasnya.

Tegas pelakon berusia 37 tahun, dirinya tiada niat langsung untuk bersifat riak dan bangga, sebaliknya hanya berkongsi video atas dasar kerja serta token penghargaan kepada pihak berkenaan.

Dia bagaimanapun meluahkan rasa syukur dan gembira kerana warganet sudi menegur serta peduli dengan tindakannya itu.

Instagram will load in the frontend.

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie