Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa kadar elaun peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan kekal pada RM8 sehari.
Menurut laporan Harian Metro, program tersebut belum bermula dan tiada keperluan untuk menaikkan elaun buat masa ini dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
PLKN 3.0 bermula Januari 2024
Datuk Seri Mohamed Khaled menjelaskan bahawa PLKN 3.0 akan dilaksanakan bermula Januari 2024 dengan tempoh program selama 45 hari di kem tentera.
Bukan tu jer, beliau turut menegaskan bahawa insiden seperti buli dan provokasi dijangka dapat dielakkan memandangkan program ini lebih singkat berbanding versi sebelumnya.
Berasaskan tempoh singkat ini, kita percaya isu-isu seperti itu dapat ditangani.
Kementerian Pertahanan pilih untuk kekalkan amaun elaun
Sebelum ini, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Keselamatan mencadangkan kadar elaun peserta dinaikkan kepada RM50 sehari.
Namun, Kementerian Pertahanan setakat ini memilih untuk mengekalkan kadar semasa sehingga program dimulakan.
Selain itu, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari memaklumkan bahawa Latihan Percubaan PLKN 3.0 akan melibatkan 200 pelatih lelaki secara sukarela selama 14 hari bermula 12 Januari tahun depan.
#OhmediaNasihat
Program seperti PLKN 3.0 bertujuan membina jati diri dan semangat patriotisme generasi muda. Walaupun kadar elaun kekal rendah, penting untuk melihat nilai program ini dari sudut pembentukan sahsiah dan pengalaman. Semoga penambahbaikan akan dilaksanakan pada masa akan datang untuk menarik lebih ramai menyertai program ini secara sukarela.