“Ini Baru Legend, Tetap Humble” – M. Nasir Dipuji Rendah Diri Walaupun Pitching Ditegur | Oh! Media

“Ini Baru Legend, Tetap Humble” – M. Nasir Dipuji Rendah Diri Walaupun Pitching Ditegur | Oh! Media

Penyanyi tersohor tanah air, Datuk M. Nasir seorang figura yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Malaysia dengan keunikan suara serta gaya persembahan yang penuh jiwa.

Menerusi satu video rakaman yang dimuat naik di TikTok, seorang penerbit muzik yang dikenali sebagai FLQ menegur ‘pitching’ penyanyi tersebut. Biar betul?

Macam tu je dia tegur Datuk M. Nasir…

@flq_555

M.Nasir sesh

♬ original sound – FLQ

Tapi apa yang menarik perhatian ramai Datuk M. Nasir langsung tidak melenting dan hanya terima teguran itu dengan hati yang terbuka.

Respon netizen tengok Datuk M. Nasir kena tegur

M. Nasir

Sikap rendah diri Datuk M Nasir ni dapat banyak pujian dari netizen. Ramai yang kagum dengan cara beliau kendalikan situasi tu.

Susah nak jumpa ikon macam M Nasir ni. Dah hebat macam ni pun masih boleh terima kritikan.

Datuk M Nasir sememangnya dah lama diakui sebagai ikon dalam dunia muzik Malaysia. Tapi reaksi beliau ni sekali lagi tunjuk kenapa beliau dihormati ramai. Bukan sekadar bakat, tapi juga sikap humble beliau yang luar biasa.

#OhmediaNasihat

Kadang-kadang, teguran tu bukan untuk menjatuhkan, tapi untuk bantu kita jadi orang yang lebih baik. Dan M Nasir dah tunjukkan cara terbaik untuk terima kritikan dengan profesional dan hati terbuka.


Recent Posts

Scroll to Top