Ini Apa Yang Terjadi Selepas Ibu Bapa Zayn Rayyan Lihat Foto Bedah Siasat Di Mahkamah! | Oh! Media

Ini Apa Yang Terjadi Selepas Ibu Bapa Zayn Rayyan Lihat Foto Bedah Siasat Di Mahkamah! | Oh! Media

Hari pertama perbicaraan kes pengabaian Zayn Rayyan menyaksikan suasana penuh emosi apabila ibu bapanya, Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari tidak dapat menahan air mata di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.

Menurut laporan mStar, pasangan itu dilihat menangis selepas 94 gambar bedah siasat Zayn Rayyan ditunjukkan di mahkamah ketika prosiding berlangsung.

Bukan tu jer, detektif polis yang bertanggungjawab dalam kes ini turut mengemukakan 142 foto yang diambil dua hari selepas mayat kanak-kanak autisme itu ditemukan.

Bukti foto dedahkan kecederaan pada tubuh Zayn Rayyan

Zayn Rayyan

Antara gambar yang dikemukakan termasuk keadaan mayat Zayn Rayyan yang masih memakai lampin pakai buang serta kecederaan di bahagian lengan, kaki, telinga, dan muka. 

Mahkamah juga turut melihat gambar bilik stor, barangan yang disimpan, serta kawasan di dalam dan luar rumah mangsa.

Berikutan situasi yang begitu memilukan, mahkamah menangguhkan prosiding seketika selepas pasangan tertuduh meminta izin untuk ke tandas.

Ibu bapa didakwa mengabaikan anak hingga menyebabkan kecederaan

zayn rayyan

Berdasarkan pertuduhan, ibu bapa Zayn Rayyan didakwa mengabaikan anak mereka dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar PJU Damansara Damai, Petaling Jaya pada 5 Disember 2023 hingga keesokan harinya.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

#OhmediaNasihat

Kes ini mengingatkan kita semua tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan anak-anak, lebih-lebih lagi mereka yang memerlukan perhatian khas seperti kanak-kanak autisme. Jika melihat tanda-tanda pengabaian atau penderaan, jangan takut untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan tragedi berulang.


Scroll to Top