Gifu (Jepun): Okagi Hayashi, wanita berusia 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, meninggal dunia akibat kegagalan jantung hujung minggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan negara itu pada Isnin.
Hayashi, yang dilahirkan pada 2 September 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu, lapor Kyodo News memetik kementerian dan sumber lain.
Beliau menjadi orang tertua di Jepun pada Disember lepas selepas kematian Tomiko Itooka, yang meninggal dunia pada usia 116 tahun dan diiktiraf sebagai individu tertua di dunia ketika itu.
Kini, orang tertua di Jepun ialah Mine Kondo, 114 tahun, yang menetap di Kota, Wilayah Aichi.
© New Straits Times Press (M) Bhd