Setiap orang mempunyai pengalaman pahit yang tidak boleh dilupakan apabila berada di kawasan umum terutama tandas awam. Pelbagai ramai dapat dilihat sehinggalah terpaksa berdepan dengan detik melucukan dan menyakitkan seperti dialami oleh individu ini.
Menerusi hantaran tular, individu dikenali Khairull Fadzillah berkongsi momen apabila terdapat seorang pengguna tandas wanita ‘tercirit’ sehingga masuk ke unit sebelah.
Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila najis berkenaan terkena pada pakaian wanita dikenali Cik Kiah. Wah, lain macam sungguh jiran sebelah tu cirit ye?
Individu berkenaan berkata, Cik Kiah hanya mampu merakam momen berkenaan sahaja dan tidak berupaya untuk menegur ‘jiran’ tandas sebelah kerana risau akan dimarahi pula.
“Hanya mampu merakam gambar. Nak ditegur, nanti dimaki pula kata Cik Kiah 25 tahun dari Seremban,”tulisnya dalam hantaran tersebut.
Perkongsian dalam grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini berjaya menarik perhatian ramai di mana masing-masing turut terhibur dengan tingkah laku individu yang ‘tercirit’.
Selain itu, mereka juga berseloroh dengan mengaitakan ‘cairan’ tersebut seperti makanan yang tertumpah ke lantai.
Mungkin dia tak sengaja kot? Maklumlah di luar jangkaan.
Sumber: Facebook Khairull Fadzillah via B40 Buat Perangai Apa Harini