Individu Kongsi Gambar Pelawak Ditahan Polis Kepada Media

Individu Kongsi Gambar Pelawak Ditahan Polis Kepada Media

Pelawak legenda tanah air, Saiful Apek sekali lagi menjadi perhatian apabila sekeping gambar mendakwa beliau telah ditahan oleh pihak berkuasa.

Memetik laporan mStar, sekeping gambar itu telah dikirimkan seseorang kepada pihak mereka. Gambar itu menunjukkan kelibat Saiful Apek atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, berada bersama dua anggota beruniform di satu lokasi yang tidak dinyatakan.

Dalam gambar itu, Saiful dilihat memakai baju Melayu merah jambu dan berada bersama seorang lelaki lain, dipercayai sedang disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Pelawak Saiful Apek enggan komen, akan beri penjelasan…

Ketika dihubungi oleh mStar, Saiful Apek enggan mengulas lanjut mengenai gambar berkenaan. Namun begitu, beliau tidak menafikan kejadian tersebut dan memaklumkan akan memberikan penjelasan dalam masa terdekat.

Perkongsian gambar ini nyata menimbulkan pelbagai spekulasi di media sosial, namun ramai peminat berharap agar tiada perkara serius berlaku dan menanti kenyataan rasmi daripadanya sendiri.

Pssttt! Apa sahaja yang tular di media sosial tidak semestinya benar. Sebelum membuat andaian atau menyebarkan maklumat, lebih baik tunggu penjelasan daripada pihak terlibat. Bukan semua perkara sesuai untuk diadili di ruang komen.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top