Ina Naim sahkan bakal bernikah dengan duda anak dua

Ina Naim sahkan bakal bernikah dengan duda anak dua

“Dia memulakan langkah dengan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada saya. Pada mulanya, saya tidak layan, tetapi selepas dia tidak berputus asa mencuba, akhirnya saya sambut salam perkenalan.

“Bakal suami adalah bekas tenaga pengajar di Giat Mara. Niatnya berkahwin dengan saya kerana mahu mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membela nasib ibu tunggal,” katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Ina berkata, selain anak-anak, dia meminta pandangan ibu bapa serta adik-beradik arwah suaminya mengenai keputusan untuk berkahwin.

Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Md Naim berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007.

Namun, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, Ina dan arwah suami dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. -MalaysiaGazette

Scroll to Top