Tidak perlu diperkenalkan lagi kewujudan pensohor media sosial, Imran Bard dalam kalangan netizen. Bebelan dan telatah lucu yang bersahaja sering membuatkan orang ramai berasa terhibur.
Terbaru, pemilik nama Muhammad Al Imran Badaruddin itu sekali lagi mencuri tumpuan apabila tidak sengaja bertemu dengan ‘kembarnya’ di Pasar Karat dipercayai terletak di Johor Bahru.
Menerusi satu posting di laman Twitter, pemuda berusia 21 tahun itu memuat naik beberapa keping foto memaparkan dia bergambar dengan ‘kembarnya’ dikenali sebagai Sha Sharil Jabar.
Terserempak ye dekat Pasar Karat 😭 pic.twitter.com/WdSlqmHFDQ
— Imran Bard (@imemerang) June 12, 2022
Sebelum ini, Imran yang popular dengan dialog ‘ghisau ghisau’ itu sering disebut-sebut kononnya mempunyai wajah seiras dengan Sha, didakwa seorang mak nyah dan aktif di aplikasi TikTok.
@shasharil Bila mula2 ko sanggul dah terburai 😭 .. yg sebelah tu single ada yg berkenan boleh PM .. hahahahah
Ciapan tersebut diulang kicau lebih 4,000 kali dan menerima 15,100 tanda suka serta 21,600 komen ditinggalkan netizen menerusi video sama yang dimuat naik di TikTok.
@imeringue2 ♬ original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven
Rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat kekok Imran dan ‘kembarnya’ ketika berjumpa selain berseloroh mengatakan kedua-duanya dilihat seperti adik-beradik yang sudah lama terpisah.
Sumber: Twitter Imran Bard , TikTok Sha Sharil Jabar