Pempengaruh sensasi, Imran Bard menyesal dan ikhlas membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon, Ellie Suriaty.
Memetik mStar Online, Imran menjelaskan sebab dia menggunakan nama pelakon itu sebagai konten di TikTok kerana dia menyukai i lakonan Ellie.
BACA: Ellie Suriaty Menangis Teresak-Esak, Anak-Anak Dibuli Gara-Gara Video Imran Bard
Sementara itu, Imran berkata dia akan lebih berhati-hari selepas ini dalam menghasilkan konten di masa akan datang.
“Saya Imran Bard memohon maaf secara terbuka kepada Ellie Suriaty. Saya menyesal dengan tindakan itu dan selepas ini akan berhati-hati membuat konten.
“Satu sahaja saya nak cakap, saya letak nama dia sebab saya memang minat dan tengok cerita lakonannya, sebab itulah nama dia terngiang-ngiang di fikiran. Sama juga dengan artis veteran lain,” katanya.
Dalam pada itu, Imran memaklumkan bahawa dia sudah menghantar permohonan maaf secara peribadi di Instagram kepada Ellie namun ia tidak dibalas.
“Sekarang ini keadaan semakin baik dan netizen pun tidak tahu yang saya sudah minta maaf secara peribadi di Instagram kepadanya tetapi masih belum ada maklum balas,” katanya.
SUMBER: mStar Online