Illa Sabry muntah-muntah, sakit perut teruk

Illa Sabry muntah-muntah, sakit perut teruk

am@hmetro.com.my

Bukit Jalil: “Saya alami muntah-muntah yang teruk pada minggu keempat. Saya juga kerap sakit pada persembahan setiap minggu,” kata Illa Sabry, 45, mengenai dakwaan dia mengalami gangguan mistik ketika program realiti Gegar Vaganza minggu ke-11 (GV11).

Illa berkata, dia juga tidak menolak mungkin faktor ‘stress’ (tekanan) menjadi punca dia mendapat sakit yang teruk ketika minggu keempat program realiti berkenaan.

“Saya alami demam, sakit tekak dan gusi. Minggu lepas yang paling teruk sekali di mana saya muntah-muntah dan sakit perut yang teruk.

“Saya rasa mungkin sebab ‘stress’ selepas dapat tugasan lagu kerana nak kena menyanyi dan menari dengan baik,” katanya ketika ditemui di restoran miliknya, Cik Gebu di Jalil Link di sini.

Ditanya sama ada kemungkinan ada pihak yang berniat tidak baik dengannya, Illa menafikannya.

“Kadang-kadang, saya terlupa baca doa sebelum persembahan tetapi setakat ini tiada apa yang pelik. Saya juga tidak fikir ada orang berniat tak baik pun tetapi mungkin tempat itu sendiri ada ‘vibes’ yang ‘seram’,” katanya.

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top