Bersiaplah untuk menjelajah dan menjejak masakan dan makanan yang bakal membuatkan anda terliur! Bersedia untuk menikmati perjalanan kulinari yang luar biasa bersama Cef Naem, dalam program travelog dan memasak terbaharu, Makan Viral, yang bakal bersiaran pada 30 September 2024, setiap Isnin, pukul 8:30 malam, hanya di TV9.
Siri empat episod ini bukan sekadar program masakan biasa. Ia menggabungkan elemen travelog dan masakan yang mana di dalam setiap episod Makan Viral, Cef Naem akan membawa penonton melawat ke destinasi pilihan yang menarik di Kuala Lumpur, meneroka pelbagai tarikan istimewa di sekitarnya, berkongsi keunikan dan cerita-cerita menarik serta aktiviti-aktiviti tarikan yang boleh dilakukan di tempat tersebut bersama keluarga.
Pengembaraan kulinari diteruskan dengan mengunjungi restoran-restoran pilihan selebriti untuk mencuba hidangan popular mereka sambil berbual santai hingga mengungkap rahsia disebalik keenakkan hidangan yang menjadi kegemaran pengunjung. Artis jemputan yang akan tampil dalam program Makan Viral bersama Cef Naem ini adalah Shiha Zikir, Izzue Islam, Haqiem Rusli, dan Nabila Razali.
Selepas menikmati hidangan menyelerakan pilihan teman-teman selebriti, Cef Naem akan mengajak penonton untuk kembali ke dapur dan menunjukkan cara-cara menyediakan hidangan baharu yang diinspirasi dari pengembaraan kulinarinya sepanjang hari itu. Penonton berpeluang untuk belajar menyediakan hidangan yang mudah yang boleh dinikmati bersama keluarga di rumah.
“Kami di TV9 sentiasa berusaha untuk memberikan pengisian yang menarik dan bermakna kepada penonton kami. Dengan ‘Makan Viral’, kami ingin membawa penonton menerokai keunikan dunia kulinari Malaysia, dari restoran-restoran terkenal hingga ke hidangan istimewa yang disediakan oleh Cef Naem yang mungkin belum pernah anda cuba.
“Program ini bukan sekadar tentang makanan, tetapi juga kami ingin berkongsi cerita menarik di sebalik setiap hidangan dan mempamerkan tarikan aktiviti tempatan yang menarik untuk di cuba bersama keluarga. ‘Makan Viral’ ialah cara kami menggabungkan kecintaan penonton terhadap makanan dengan usaha untuk menyajikan kandungan yang berkualiti dan menghiburkan,” kata Khairunnisa Kamarulzaman selaku Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan & Siaran TV9.
Lebih menarik lagi, setiap episod Makan Viral turut menawarkan peluang untuk memenangi hadiah menarik! Tonton dan jawab soalan yang muncul di skrin, kemudian lengkapkan slogan di ruangan komen pada posting peraduan di Facebook atau Instagram @TV9Malaysia.
Pemenang bertuah dengan jawapan tepat dan slogan paling kreatif akan memenangi wang tunai RM250 serta produk Kimball setiap minggu! Dengan soalan yang berbeza setiap episod, pastikan anda tidak terlepas peluang ini!
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Makan Viral yang pasti akan memikat selera dan hati para penonton! Saksikan pengalaman masakan yang penuh keceriaan dan inspirasi setiap Isnin bersama Cef Naem, hanya di TV9.
Jadikan malam Isnin anda lebih meriah dengan Makan Viral yang dibawakan khas oleh Kimball, program yang menggabungkan keseronokan pengembaraan penuh rasa dan seni memasak dalam siri 30 minit bermula pada 30 September 2024, setiap hari Isnin, pukul 8.30 malam, yang boleh juga distrim secara HD di Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton di Google Play dan App Store. Jangan lupa juga siaran ulangannya setiap Khamis, jam 3.30 petang hingga 4.00 petang.