“Ikan Sungai Pahang Tu Dia Bagi Makan” – Individu ‘Disergah’ Tuan Tanah Semasa Menjala Ikan | Oh! Media

“Ikan Sungai Pahang Tu Dia Bagi Makan” – Individu ‘Disergah’ Tuan Tanah Semasa Menjala Ikan | Oh! Media

Tular di TikTok rakaman video memaparkan situasi tegang di antara beberapa individu di tepi Sungai Pahang.

Menerusi video yang dimuat naik, tuan tanah dikatakan telah memarahi penjala yang menangkap ikan di kawasan itu.

Tuan tanah datang marah-marah

Tuan tanah berkenaan mendakwa ikan-ikan yang berada di sungai itu adalah hak miliknya kerana dia telah memberi makanan kepada ikan-ikan tersebut.

Lebih mengejutkan, dia turut mengugut mahu mengambil hasil tangkapan penjala berkenaan.

Tengah best menjala ikan…tiba-tiba tuan tanah datang marah-marah siap claim ikan kat sungai Pahang tu dia bagi makan.

Bukan sekadar mengambil hasil tangkapan, tuan tanah itu juga bertindak mengambil jala yang digunakan oleh penjala tersebut.

Difahamkan, penjala hanya mampu berdiam diri apabila tuan tanah mula menjerit dan bertindak kasar di hadapan orang ramai.

“Jangan cakap banyak! Pergi balik”

Beberapa individu yang berada di lokasi kejadian cuba menenangkan keadaan, namun tuan tanah berkeras meminta mereka supaya tidak masuk campur.

Malah, dia bertindak menghalau semua orang dari kawasan tanah miliknya itu.

Video tersebut telah menarik perhatian ramai di media sosial dan rata-rata netizen meluahkan rasa hairan serta ‘speechless’ dengan mentaliti tuan tanah tersebut yang menganggap ikan di sungai sebagai hak peribadinya.

Pssttt! Alamak.. boleh pulak claim ikan tu dia punya? Aduh masalah berat ni.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top