Ifa Raziah teruja nak salam Anwar Ibrahim, tapi ditolak sebab ada wuduk

Ifa Raziah teruja nak salam Anwar Ibrahim, tapi ditolak sebab ada wuduk

Hasrat artis versatil, Ifa Raziah untuk bersalaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak kesampaian apabila Perdana Menteri itu menolak untuk berjabat tangan kerana menjaga air wuduk.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha berkongsi momen ketika bertemu Anwar dalam majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama penggiat seni dan pengamal media di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) baru-baru ini.

Menerusi rakaman video dimuat naik di laman Instagram, Ifa atau mesra dengan panggilan Miss Diva dilihat memberi salam dan menghulurkan tangan untuk berjabat sebelum ditolak bersahaja oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Sementara itu, penyanyi, pelakon, pengacara dan usahawan itu turut berkongsi sebuah lagi video memperlihatkan dia sedang menyanyikan sedikit bait lagu miliknya berjudul Ser Ser Ser buat Perdana Menteri tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji tindakan Anwar yang boleh memberi contoh kepada pemimpin lain selain Ifa yang tetap memberi reaksi positif walaupun salam ditolak.

Sumber: Instagram Ifa Raziah