Ifa Raziah tak terima teknik nyanyian ditegur guru vokal -“Kau siapa nak ‘sound’ aku?”

Ifa Raziah tak terima teknik nyanyian ditegur guru vokal -“Kau siapa nak ‘sound’ aku?”

Sejak kebelakangan ini, nama Ifa Raziah kerap menjadi sebutan netizen di media sosial. Pelbagai kontroversi baru mengaitkan dirinya berlegar-legar sehingga ada yang sudah muak.

Selepas menyertai program Terpaling Juara, kontroversi berkenaan Ifa semakin hangat diperkatakan apabila saban minggu ada sahaja isu baru.

Ada juga yang merasakan teknik nyanyiannya perlu diperbaiki lagi kerana dia bersaing dengan beberapa artis besar dan juga pendatang baru yang lebih hebat kawalan vokalnya.

Menerusi perkongsian dari seorang guru vokal dikenali sebagai Syaffiq Erwin, dia telah membuat video reaction ke atas nyanyian Ifa yang ketika itu membawakan lagu Di Pintu Syurga.

Dia juga bukanlah mengutuk nyanyian penyanyi berusia hampir 50 tahun itu, tetapi menjelaskan apa yang sesuai untuk penyanyi itu  bawakan supaya terdengar baik tanpa bunyi-bunyi sumbang.

Namun begitu, Ifa yang dilihat kurang setuju dengan Shaffiq Erwin telah meninggalkan komen seperti tidak berpuas hati dengan tanggapan yang dinyatakan oleh guru vokal terbabit..

“Ko siapa nak sound2 aku ni nyanyi sumbang ker apa??? Aku tak kenal ko pun dlm industri ni? Umur aku dah dekat 50 tahun, mmg la suara kdg2 kelaut sikit.
Ko suruh mak ko nyanyi, aku nak tengok. Semua artis akan lalui fasa ni bila dia org dah berumur, baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood. Semua yg dulu suara high pitch tak akan dpt mcm suara 20-30 tahun yg lalu. So respect la sikit kami yg tua ni.
Nak compare dgn budak2 muda mmg la kami tak mampu nak lawan. Ko yg muda pun suara tak kemana, aku nak tengok suara ko masa umur ko 50 nnt. Ko tunggu masa tu akan tiba.
Aku masuk pertandingan ni suka2 je, bukan pasal duit. Setakat RM100k tu, aku pun ada. Tak payah la kutuk2, kita hidup ni santai2 je, apa yg masalah sangat pada ko, kalau aku sumbang. Kalau aku tersingkir pun, aku tetap IFA RAZIAH!! tulisnya.

Walau bagaimanapun, pengguna Instagram itu sekadar membalas komen Ifa dengan mengucapkan semoga maju jaya buat penyanyi itu dan dilihat tidak melayan komen ‘serangan’ dari Ifa Raziah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong Shaffiq kerana menerusi reaction yang diberikan sama sekali tidak  mengutuk atau menghina penyanyi dangdut itu.

Lebih tepat lagi, dia hanya memberikan saranan supaya Ifa dapat menyanyi dengan lebih baik kerana dia sedang berada dalam pertandingan.

Semalam, persembahan nyanyian Ifa Raziah sekali lagi dikritik netizen kerana terdengar sumbang di atas pentas ketika live.

Seperti biasa, penyanyi tersebut kali ini menggunakan alasan baju yang tidak sesuai telah mengganggu persembahannya malam tadi sehingga terdengar bahagian sumbangnya.

Sumber: Instagram Shaffiqerwin,tv3malaysia

 

Scroll to Top