Pelbagai kisah berkenaan aktiviti qurban yang berlangsung sejak dua hari kebelakangan ini memandangkan Aidil Adha disambut meriah di negara kita semalam.
Dari kisah dikejar haiwan qurban hingga bahagian cuci mencuci anggota badan lembu yang boleh dimakan tentunya mencuri perhatian ramai.
Salah satunya sudah tentu video seorang lelaki memberikan idea kreatif memcuci perut lembu yang masih lagi berwarna hitam menggunakan mesin basuh.
@makey.24jey beginilah setiap tahun, bende boleh cepat buat apa nk lambatkan hahahaha.😂#foryou #viral2022 #fyp #fypシ #makanlokal #myfoodie #makanemoji
Cara tersebut sememangnya memberikan kemudahan kepada orang ramai yang setiap tahun buntu bagaimana mahu mencuci perut lembu dengan lebih mudah tanpa perlu menghidu ‘aroma’ dari bahagian tersebut dalam waktu lebih lama.
Namun begitu, menjengah ke ruangan komen ramai yang mengakui idea tersebut sangat berguna kerana memudahkan urusan membasuh perut lembu sebelum diolah menjadi masakan.
Akan tetapi, ramai juga warganet yang menzahirkan rasa bimbang dimarahi para isteri atau ibu kerana mesin basuh yang digunakan untuk mencuci pakaian berbau busuk kesan daripada najis lembu yang datang dari haiwan tersebut.
Sumber: TikTok @makey.24jey