Pelawak terkenal, Along Cham menerusi podcast membuat pendedahan mengejutkan mengenai perkahwinannya dengan Afreena Suhaimi.
BACA: Along Cham Akui Selesai Uruskan Fail Pengesahan Lafaz Taklik Di Mahkamah
Beliau mengakui bahawa keputusan untuk berkahwin dengan Afreena adalah satu kesilapan besar kerana beliau sanggup membelakangkan nasihat ibunya.
Ibu pernah larang berkahwin
Dedah Along, ibunya pernah melarangnya daripada berkahwin dengan Afreena tetapi dia tetap meneruskan perkahwinan demi cinta.
Itu kesilapan saya, sampai saya membelakangkan ibu saya. Ibu saya dah melarang sebelum ni, tapi cinta itu membutakan. Banyak benda yang saya terpedaya dengan dia, terutamanya kata-kata dia.
Malah, Along juga dikatakan ada menerima maklumat mengenai Afreena di awal perkenalan mereka.
Namun, Along memilih untuk tidak mengambil tahu mengenai kisah silam isterinya dan meletakkan kepercayaan penuh.
Ada info yang saya dapat masa saya berkawan dengan dia, tapi saya tak patut korek kisah silam seseorang. Saya percaya 100 peratus dekat dia.
Lebih mengejutkan, semasa proses pendaftaran pernikahan di Pejabat Agama Sepang, Along diberitahu oleh pegawai bahawa perkahwinan itu adalah yang ketiga bagi Afreena.
Along dapat tahu ini perkahwinan ketiga tapi Afreena menafikan
![along](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/01/ohmedia-along-cham-367x600.png)
Maklumat itu bertentangan dengan apa yang dikatakan Afreena iaitu dia hanya pernah berkahwin sekali sebelum ini.
Saya pun bertanya, kalau saya teruskan anything tak jadi kahwin boleh kan? Dan pegawai itu jawab boleh. Jadi, saya teruskan majlis akad nikah itu.
Walaupun terkejut dengan maklumat tersebut, Along tetap meneruskan majlis akad nikah mereka.
Jelasnya lagi, selepas berkahwin dia beberapa kali memberi peluang kepada Afreena sehingga dia terpaksa meletakkan lafaz taklik.
Pada awalnya, lafaz taklik dibuat bukan niat mahu menceraikan tetapi mahu Afreena menjaga hubungan mereka dengan sebaik mungkin.
Namun, Afreena dikatakan mensia-siakan peluang terakhir yang diberikan menyebabkan Along nekad meneruskan penceraian.
#ApaKataOhmedia
Lama mendiamkan diri selepas bebas daripada ‘madrasah’, Along akhirnya bersuara menceritakan situasi di pihaknya.
Bagi Ohmedia, hanya Along dan Afreena tahu apa sebenarnya yang terjadi di antara mereka. Mungkin jodoh mereka sampai setakat itu sahaja. Semoga mereka dapat meneruskan hidup masing-masing dengan lebih baik selepas ini.
![“Ibu Saya Dah Larang Sebelum Ni” – Along Cham Dedah Rahsia Isteri, Rupanya Ini Perkahwinan Ketiganya | Oh! Media “Ibu Saya Dah Larang Sebelum Ni” – Along Cham Dedah Rahsia Isteri, Rupanya Ini Perkahwinan Ketiganya | Oh! Media](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2025/02/ohmedia-along-1000x600.jpg)