Ibu risau anak hilang bersama cucu

Ibu risau anak hilang bersama cucu

am@hmetro.com.my

Tampin: Seorang ibu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Felda Sungai Kelamah, di sini, bersama bayi perempuannya yang berusia dua bulan, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Amiruddien Sariman berkata, laporan polis mengenai kehilangan Nurul Asmiera Kardi, 22, dibuat ibunya jam 5.48 pagi pada hari sama.

“Punca dia keluar dari rumah masih belum diketahui. Ciri-ciri fizikal Nurul Asmiera, dia berketinggian lebih kurang 155 sentimeter, memakai tudung, kulit sawo matang dan pakaian ketika keluar adalah baju kurung hitam berjalur putih,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Menurutnya, wanita berkenaan turut membawa barang-barang kelengkapan bayinya ketika menghilangkan diri.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan Nurul Asmiera diminta untuk menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Rodzi Md Saad di talian 07-9481221.

“Boleh juga menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4431999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top