Ibu Panik Anak Tidak Dijumpai Di Sekolah, Cikgu Pula Didakwa Ambil Lewa Dan Biadab? | Oh! Media

Ibu Panik Anak Tidak Dijumpai Di Sekolah, Cikgu Pula Didakwa Ambil Lewa Dan Biadab? | Oh! Media

Di TikTok, seorang ibu meluahkan rasa trauma selepas mendapati anak hilang di sekolah. Lebih memburukkan keadaan apabila wanita ini mendakwa cikgu bersikap sambil lewa dan tidak profesional.

Dalam perkongsian, wanita ini menjelaskan kejadian berlaku pada 21 Februari (Jumaat) tepat jam 5.52 petang.

Cikgu didakwa tidak profesional, tak peduli murid hilang?

Dia mahu mengambil anak yang belajar di tahun satu. Apabila sampai, dia mendapati anak tiada di perkarangan kawasan menunggu dan tiada di bawah jagaan guru.

anak hilang

Wanita ini mendakwa bertanyakan guru kelas mengenai keberadaan anaknya, Hayla Imani. Guru tersebut didakwa langsung tidak tahu di mana Hayla berada dan hanya menyatakan bahawa kelas terakhirnya dikendalikan oleh seorang guru lelaki lain.

cikgu

Apabila ibu ini bertanya kepada guru lelaki berkenaan, jawapan yang diterima juga ‘tidak tahu’ dan guru sambung perbualan dengan guru-guru lain.

cikgu

Si ibu mengakui menjadi panik dengan jawapan guru dan segera mencari anaknya di sekitar kawasan sekolah, namun tidak menjumpai anaknya.

anak

Dia kemudian pergi semula ke tempat guru lelaki tadi dan memarahinya kerana bersikap acuh tidak acuh. Namun, jawapan yang diberikan guru didakwa amat mengecewakan.

Ibu mengaku tinggi suara kerana terlalu kecewa

Selepas puas mencari, guru kelas menemui Hayla bersama seorang guru lain. Namun, yang lebih mengejutkan, nametag anaknya dikatakan telah disorok oleh pihak tertentu menyebabkan kekeliruan dan menyukarkan pencarian.

Tidak cukup dengan itu, si ibu mendakwa diejek ketika berjalan keluar ke kereta. Guru-guru juga didakwa merakam video sambil menunjukkan isyarat ‘thumbs down’ dan mereka menjerit ‘boooo’.

Dakwa si ibu, dia mempunyai bukti gambar ketika menghantar anak ke sekolah. Gambar menunjukkan anaknya memakai nametag.

Anaknya mendakwa guru telah mengambil nametag dan meletakkannya di dalam beg. Wanita ini mendakwa guru seolah-olah mahu menyalahkan dirinya di atas apa yang berlaku.

Difahamkan, wanita ini akan mengambil tindakan lanjut dengan membuat aduan ke pihak atasan. Dia mahu guru-guru mengambil pengajaran supaya bersikap lebih profesional di masa hadapan.


Scroll to Top