Peninju Muay Thai negara, Jojo Ghazali hadiahkan jam Rolex kepada ibu tersayang sehingga membuatkan wanita itu menangis terharu menerima pemberian daripada anak tersayang.
Menerusi perkongsian terbaru Jojo atau nama sebenarnya, Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar, dia telah memuat naik momen sewaktu memberi hadiah kepada ibunya, Jeanna Johnson.
Instagram will load in the frontend.
Jojo Ghazali hadiahkan jam Rolex kepada ibu
Dalam kapsyen yang disertakan Jojo, dia menyatakan hadiah tersebut buat insan yang paling istimewa buat dirinya dan bersyukur ke hadrat Allah kerana berkesempatan untuk memberikan sesuatu yang bernilai buat orang tersayang.
“Hadiah istimewa untuk insan yang sangat istimewa. Alhamdulillah Allah telah memberkati saya untuk memberi kembali kepada orang-orang yang telah berada di sana sejak hari pertama dan tanpa ragu-ragu akan selamanya ada untuk saya,” tulisnya.
Jojo Ghazali hadiahkan jam Rolex, ibu peluk sambil menangis
Dapat dilihat yang ibu kepada atlet muda itu sebak dan memeluk erat Jojo selepas membuka pemberian hadiah daripada anak tersayang.
Terlihat seutas jam Rolex yang nampak minimalis namun mewah buat seorang wanita jika dipakai.
Terbaik la Jojo!
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing gembira melihat ibu dan anak lelaki saling berpelukan kerana merasakan ia adalah satu momen yang cukup mahal.
Dalam pada itu, ada juga yang menganggap apa yang dikongsikan sebagai satu perkara yang memberi inspirasi kerana mengembirakan seorang ibu selepas segala pengorbanan yang telah dilakukan terhadap anak-anak dan keluarga sehingga berjaya meraih kejayaan.
Contoh yang baik kita boleh ambil
Terharu lihat ibu dia menangis
Sekadar info, ibu kepada Jojo Ghazali berasal dari Amerika Syarikat dan telah mendirikan rumah tangga dengan Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, SAC Zulfikar Ghazali.
Mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata dan kesemuanya merupakan atlet Muay Thai yang mewakili Malaysia serta negeri Sarawak.
Sumber: Instagram johanghazali_