Ibu dikejarkan ke hospital akibat asma, Ali puteh mohon doa semua

Selayang: Pelawak Ali Puteh memaklumkan ibunya, Sabariah Arshad dimasukkan ke Hospital Selayang akibat serangan asma semalam. Menerusi posting di laman Instagram, Ali atau nama penuhnya sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memberitahu keadaan ibunya yang kini perlu ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Menerusi posting tersebut, pelawak berusia 31 tahun itu memohon doa orang ramai agar ibunya terus kuat dan kembali pulih seperti biasa.

Adik kepada pelawak Allayarham Abam Bocey itu turut mengatakan ujian yang datang adalah tanda Allah SWT menyayangi umatnya. Rata-rata rakan artis dan pengikutnya mendoakan supaya ibunya berusia 63 tahun itu kembali sihat dan dipermudahkan segala urusan. Diharapkan ibunya dikurniakan kesembuhan dan Ali terus kuat dan yakin dengan ujian diberikan Allah SWT. Amin!

Sumber: insta Ali Puteh

Malay News
Social media desk

Scroll to Top