Ibu Aliff Aziz syukur anak kembali tersenyum, dedah ramai DM minta maaf

Ibu Aliff Aziz syukur anak kembali tersenyum, dedah ramai DM minta maaf

Ibu Aliff Aziz syukur anak kembali tersenyum setelah melalui detik pahit dalam kehidupannya, baru-baru ini.

Siti Hafiza berkongsi mengenai perkembangan anak lelaki, Aliff Aziz yang juga merupakan penyanyi asal Singapura di Instagram.

Ibu Aliff Aziz syukur anak kembali tersenyum

Menerusi hantaran tersebut, Siti Hafiza meluahkan rasa syukur melihat senyuman anaknya setelah sekian lama.

Dia juag berharap anak lelakinya itu diberikan kekuatan dan belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan.

“Masyaallah, dah lama kami tak nampak senyuman Aliff.
“Muhasabah diri dan belajar dari kekhilafan dan berazam menjadi seorang insan yang lebih baik kerana Allah SWT. Kita semua adalah pendosa tapi Allah SWT Maha Pengasih.
“Kehidupan lepas adalah pengalaman tetapi apa yang lebih penting adalah sekarang dan masa hadapan. Yang terpenting adalah pengakhiran kita,”katanya.

Sementara itu, Siti Hafiza mengatakan mereka sekeluarga termasuk suami dan dua anak perempuanya mendoakan agar segala urusan Aliff  di dunia dan akhirat akan dipermudahkan Allah SWT.

Ramai DM minta maaf

Meninjau di ruangan Instagram Story, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga mendedahkan dirinya menerima banyak mesej berbentuk permohonan maaf kerana telah ‘bergosip’ mengenai anaknya.

Dia bagaimanapun memaafkan semua orang percaya mereka juga mangsa keadaan hasil daripada maklumat yang tersebar luas tanpa mengetahui kebenaran sebenar.

“Alhamdulillah, ramai yang DM saya hari ini memohon kemaafan. 
“Kami telah lama memaafkan semua sebab kalian juga mangsa keadaan kerana dihidangkan dengan bermacam-macam cerita yang belum tentu kebenarannya.
“Allah Maha Baik, cepat atau lambat Allah akan ilhamkan kalian jua, syukur,”tulisnya.

Fitnah!

Dalam hantaran berikutnya, Siti Hafiza juga menafikan spekulasi yang mendakwa anak lelakinya itu bakal bernikah di Thailand bersama aktres Ruhainies selepas ditangkap berkhalwat.

Artikel lain: Ibu Aliff Aziz akhirnya akui khilaf anak – “Kami akan nasihat dia hingga tutup mata”

Terdahulu, Hafiza memaklumkan menerima pelbagai mesej berbentuk makian dan cacian daripada warganet sebaik sahaja dia mengaktifkan semula akaun media sosial.

Sekadar info, Aliff Aziz dan Bella Astillah talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Jun lalu.

Sumber: Instagram @fizaaziz

Scroll to Top