Hutan sebelah rumah terbakar, deretan kereta Achey hampir saja musnah

Hutan sebelah rumah terbakar, deretan kereta Achey hampir saja musnah

Deretan kereta Achey hampir saja musnah susulan hutan di sebelah rumahnya terbakar.

Menerusi hantaran yang dibuat pelawak tersebut di media sosial, dia mengatakan dia baru sahaja sampai di Johor kerana mahu menjenguk iparnya yang kurang sihat sebelum mendapat perkhabaran tersebut.

@achey_kintangkintung

Terima kasih semua yang terlibat.. kereta arwah abah tuuu.. tersangat sayang..tak tau nak cakap mcm mana kepada yang membantu terima kasih sangat..

♬ original sound – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG – KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG

Deretan kereta Achey hampir terbakar, api marak sebelah rumah

Dalam video yang dikongsikan, Achey menunjukkan bahawa anggota bomba sedang giat berusaha memadamkan kebakaran di bahagian hutan sebelah rumahnya susulan api sedang marak memakan pokok serta rumput di kawasan tersebut.

Apa yang membimbangkan adalah deretan kereta milik pelawak berkenaan yang diparkir betul-betul bersebelahan dengan hutan berkenaan.

Deretan kereta Achey, termasuk kereta arwah abah juga hampir saja musnah

Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, 37 selain daripada kereta miliknya, ada juga kereta milik arwah bapa tersayang yang mempunyai banyak cerita.

Dia juga memaklumkan jantungnya terus berdetak laju selepas mendengar berita kebakaran kerana mempunyai trauma tersendiri selepas rumah ibu bapanya pernah dijilat api sekitar tahun 2009.

Artikel lain: Pasangan pilih konsep ‘child free’, Achey tampil bersuara – “Kerjaya tak boleh masuk kubur!”

Ucap terima kasih kepada jiran2 dan pihak bomba

Susulan daripada itu, dia dan isteri, Nor Hasanah Yahaya telah berkongsi hantaran di media sosial dengan mengucapkan terima kasih kepada jiran-jiran yang membantu termasuklah pihak Bomba dan Penyelamat kerana bertindak pantas dalam mengawal api dari terus merebak sehingga ke kawasan tempatnya meletakkan kereta.

Achey juga menganggap ujian yang berlaku adalah sebagai satu tanda bahawa Allah S.W.T sayang kepada kita.

Memang cuak kalau jadi macam ni

Perkongsian yang dibuat pelawak itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.

Rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan kejadian yang menimpa Achey kerana melihat daripada kedudukan kereta yang diparkir itu sangat membimbangkan memandangkan ia begitu hampir dengan lokasi kebakaran.

 

Besar dugaan Achey

Bagus jiran tetangga prihatin

deretan kereta achey

Sekadar info, Achey pernah menceritakan bahawa rumah keluarganya di Labis, Segamat, Johor pernah terbakar sehingga keseluruhan sijil sewaktu dia bersekolah dan belajar di Politeknik hangus terbakar.

Perkara tersebut membuatkan dirinya sukar mencari pekerjaan tetap kerana ketiadaan sijil-sijil penting dan kebanyakannya temuduga yang dihadirinya gagal sebelum dia mengambil keputusan untuk bekerja sendiri.

Sumber:Instagram Achey kintangkintung, TikTok Achey Kintangkintung