Sekarang bermacam-macam fesyen tudung yang ada di pasaran. Belum campur dengan pelbagai rekaan, ada yang instan, selendang labuh, paras dada ataupun sarung sahaja dengan menggunakan pelbagai fabrik. Sebagai perempuan memang rambang mata dibuatnya. Lebih-lebih lagi jika didatangkan dengan harga promosi sungguh di luar jangkaan.
Namun begitu, adakah kita rasa tudung yang dipakai mengikut syariah yang ditetapkan agama?Ā Terutama bahagian menutup bawah dagu yang ramai tidak ambil kisah perkara ini. Bagi mereka janji rambut ditutup sudah memadai dan dikira menutup aurat.
Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam satu siri ceramahnya,Ā tiada hadis yang menunjukkan dengan tepat bahagian dagu ini. Yang ada cuma hadis yang menyebut bila perempuan memasuki usia baligh dia wajib menutup bahagian tubuh kecuali muka dan telapak tangan.Ā Tapi yang terbaik menurut Ustaz Azhar adalah keluar dari khilaf yakni bila memakai tudung pakailah sehingga tutup bahagian bawah dagu.
ARTIKEL BERKAITAN: Hijrah Terindah, Lisa Kongsi Tips Kekal Istiqomah Untuk Perbaiki Diri!
Panduan yang diremehkan
Selain isu bawah dagu, perlu tahu cara pemakaian hijab mengikut syariat. Di sini juga disertakan 10 panduan untuk diikuti sebagai seorang wanita Muslim selalunya panduan ini dipandang remeh oleh hijabi:
Tudung perlu labuh menutup bahagian dada.
Bahagian yang wajib tutup ialah dada, menyarung tudung sebagai fesyen yang digayakan hijabi terlupa bahagiaan wajib supaya tidak menjadi tumpuan dan ditutup sepatunya.
Warna polos
Kalau boleh pakai warna polos sahaja agar tidak menarik perhatian orang terutama lelaki.
Inner neck
Bahagian yang agak dilupakan apabila bergaya tanpa batasan. Lilitan demi lilitan, bahgian leher perlu ditutup. Jangan lupa pakai āinner neckā sebelum menyarung apa-apa tudung.
Tidak perlu berbelit
Pakai rekaan yang selesa sahaja dan tidak terlalu berbelit-belit. Penting bagi wanita yang menjaga solat, apabila fesyen yang menjadi keutamaan pasti ibadah wajib diremehkan bagi menjaga penampilan.
Menutup seluruh badan.

Berpakaian tetapi serupa tidak memakainya,tutuplah seluruh badan antara aurat yang wajib ditutup dan dilindungi.
Perhiasan
Tidak memakai hiasan yang mengundang pandangan lelaki. Hiasan dan gaya tudung yang tidak boleh dipisahkan dengan hijabi. Elakkan!
Wangian
Tidak memakai wangi-wangian, haruman yang boleh menaikkan nafsu bagi mereka yang menghidunya. boleh jadi membawa anda ke perkara zina yang tidak anda sedari.
ARTIKEL BERKAITAN: āAda Kalanya Pernah Terdetik Nak Buka Tudung, Tapiā¦ā ā Kisah Hijrah Hijab Sharifah Sofia
Lebar dan tidak sempit.
Tidak mengikut bentuk badan apatah lagi ianya singkat.
Tidak menyerupai
Tidak menyerupai pakaian lelaki.
Fabrik
Tebal dan tidak nipis! Walaupun cuaca tidak menentu, jangan abaikan material tudung yang anda pilih sepanjang masa. Apatah lagi melakukan aktiviti di luar.
Ā
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.