Soalan:
Soalan saya ialah adakah wanita yang sedang hamil atau menyusukan anak hasil dari perbuatan zina mendapat keringanan (rukhsah) untuk berbuka dan membayar fidyah? Mohon pencerahan Tuan Mufti. Terima kasih.
Ringkasan jawapan
Keringanan (rukhsah) untuk berbuka diberikan oleh syaraโ kepada golongan yang tidak mampu berpuasa antaranya wanita hamil atau menyusukan bayi. Hal ini kerana ada kemungkinan sekiranya wanita ini meneruskan puasanya boleh mendatangkan mudarat sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada janin di dalam perut atau bayi yang disusukan. Keringanan (rukhsah) ini juga merangkumi wanita yang hamil atau menyusukan anak hasil daripada perbuatan zina. Hal ini kerana wanita yang hamil atau menyusukan anak zina juga dikira sebagai golongan yang diberikan keringanan (rukhsah) untuk berbuka jika khuatir akan keselamatan diri sendiri dan kandungan atau bayi.
Advertisement
Huraian jawapan
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.
Perempuan hamil atau menyusukan anak mendapat keringanan dari berpuasa
Umum mengetahui, terdapat golongan yang mendapat keringanan (rukhsah) daripada melaksanakan ibadah puasa ini antaranya ialah perempuan yang sedang hamil ataupun menyusukan anak. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
ููุนูููู ุงูููุฐูููู ููุทููููููููู ููุฏูููุฉู ุทูุนูุงู ู ู ูุณูููููู
Maksudnya: Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. (Al-Baqarah: 184)
Menurut kenyataan Imam al-Syafie ketika membahaskan ayat di atas bahawa wanita yang hamil sekiranya khuatir akan keselamatan janinnya maka dibolehkan untuk berbuka, dan begitu juga bagi wanita yang menyusukan sekiranya memudaratkan susunya dengan mudarat yang jelas (maka dibolehkan berbuka). Selain itu, terdapat hadis Nabi SAW yang memberikan keringanan (rukhsah) yang disyariatkan dalam ibadah puasa.
ุฅูููู ุงูููููู ุชูุนูุงููู ููุถูุนู ุนููู ุงููู ูุณูุงููุฑู ุงูุตููููู ู ููุดูุทูุฑู ุงูุตูููุงูุฉูุ ููุนููู ุงููุญูุงู ููู ุฃููู ุงููู ูุฑูุถูุนู ุงูุตููููู ู ุฃููู ุงูุตููููุงู ู
Maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT memberi keringanan kepada orang yang musafir dengan separuh solat, wanita hamil dan wanita yang menyusukan anaknya. (Riwayat al-Tirmizi 715)
Setelah itu, wanita yang diberikan keringanan berbuka puasa ini perlulah untuk menggantikan puasa sahaja atau berpuasa dan membayar fidyah berdasarkan dua situasi yang berbeza. Hal ini merujuk kepada kenyataan Imam Abu Syujaโ:
ูุงูุญุงู ู ูุงูู ุฑุถุน: ุฅู ุฎุงูุชุง ุนูู ุฃููุณูู ุง ุฃูุทุฑุชุง ูุนูููู ุง ุงููุถุงุก ูุฅู ุฎุงูุชุง ุนูู ุฃููุงุฏูู ุง ุฃูุทุฑุชุง ูุนูููู ุง ุงููุถุงุก ูุงูููุงุฑุฉุ ุนู ูู ููู ู ุฏ
Maksudnya: Wanita yang hamil dan menyusukan anak; sekiranya mereka bimbangkan dirinya lalu dia berbuka puasa dan wajib bagi dirinya menggantikan puasa. Namun jika bimbangkan (keselamatan) anaknya lalu dia berbuka dan wajib baginya menggantikan puasa dan kaffarah (bayar fidyah) sebanyak satu cupak untuk satu hari. (Rujuk: Matan al-Ghayah wa al-Taqrib, 19)
Berdasarkan kenyataan di atas terdapat beberapa keadaan wanita hamil atau menyusukan dan kewajipan yang perlu ditunaikan setelah mendapat keringanan (rukhsah) berbuka puasa seperti berikut:
Sekiranya wanita hamil atau menyusukan anak itu bimbang keselamatan atau kesihatan dirinya, maka mereka dibolehkan untuk berbuka dan wajib menggantikan puasa sahaja.
Sekiranya wanita hamil atau menyusukan anak itu bimbang akan diri dan juga anak mereka, maka dibolehkan untuk berbuka puasa dan wajib menggantikan puasa sahaja.
Sekiranya wanita hamil atau menyusukan anak itu bimbang akan anak mereka sahaja, maka dibolehkan untuk berbuka puasa dan wajib menggantikan puasa tersebut dan membayar fidyah bagi setiap hari yang mereka tidak berpuasa.
Sementara itu, keringanan ini juga merangkumi wanita yang sedang hamil atau menyusukan anak hasil daripada perbuatan zina. Hal ini dijelaskan oleh Sheikh Shata al-Simyati tentang keringanan puasa bagi wanita hamil:
ููู: ููุฌุจ ุงูู ุฏ ู ุน ุงููุถุงุก: ุนูู ุญุงู ู ุฃู ููู ู ู ุฒูุง
Maksudnya: Diwajibkan (membayar fidyah sebanyak) secupak dan menggantikan (puasa) ke atas wanita yang sedang hamil meskipun (kehamilan tersebut hasil) dari perbuatan zina. (Rujuk: Iโanah al-Tolibin, 2/273)
Kesimpulan
Berdasarkan kenyataan dan perbahasan ulama di atas, maka dapat difahami bahawa keringanan (rukhsah) berbuka puasa bagi wanita hamil dan menyusukan anak ini merangkumi juga wanita yang sedang hamil dan menyusukan anak hasil perbuatan zina tanpa ada pengecualian. Oleh yang demikian, wanita yang sedang hamil dan menyusukan anak zina boleh berbuka puasa sekiranya bimbang akan diri sendiri mahupun janin atau anak yang sedang disusukan seperti wanita-wanita lain. โ HARAKAHDAILY 11/5/2021
Tulisan ini diambil daripada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di ruangan Irsyad Fatwa Khas Ramadan yang diterbitkan pada 9 Mei 2021.