Hujan Bocor Atas Pentas Di MIECC? Bintang Running Man Jaesuk Siap Lap Lantai! | Oh! Media

Hujan Bocor Atas Pentas Di MIECC? Bintang Running Man Jaesuk Siap Lap Lantai! | Oh! Media

Tular di media sosial satu kejadian yang agak memalukan berlaku semasa konsert Running Man di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Sabtu lalu.

Situasi ini bukan sahaja mencetuskan kekecohan dalam kalangan penonton tetapi juga membuatkan artis yang sedang membuat persembahan terpinga-pinga dengan keadaan itu.

Hujan bocor atas pentas, Jaesuk jadi ‘cleaner’ tak sengaja?

Dalam video tular, kelihatan salah seorang ahli Running Man Yoo Jae Suk terpaksa mengelap lantai pentas selepas mendapati air hujan menitik akibat kebocoran bumbung.

Kejadian telah mengundang reaksi lucu dalam kalangan penonton. Tak kurang juga yang malu kerana insiden melibatkan artis antarabangsa.

“Pastu ngan part Jaesuk lap lantai bumbung bocor Oiii!!!!!! Maluuu oiii..” tulis seorang netizen di X.

Sechan tadah air hujan?

running man

Bukan itu sahaja, rakaman yang sama turut menunjukkan Yang Se Chan secara spontan menadah tangan ketika air hujan menitik di atasnya.

Susulan kejadian ini, ramai netizen mula mempertikaikan pemilihan MIECC sebagai lokasi konsert apabila bumbungnya gagal menampung hujan lebat.

Walaupun kejadian ini tak mengganggu acara, namun ia tetap menjadi topik hangat dalam kalangan peminat yang berharap agar pihak penganjur lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan di masa hadapan.


Scroll to Top