Kuala Lumpur: Hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok, menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi kemas kini amaran yang dikeluarkan pagi ini, memaklumkan kawasan yang dijangka terbabit ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan di beberapa kawasan meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau) dan Bintulu.
MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah hari ini, membabitkan bahagian Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
© New Straits Times Press (M) Bhd