Spekulasi mengenai hubungan di Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah terus menjadi perhatian selepas mereka memberikan kenyataan berhubung perkara tersebut.
Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Syed Saddiq mengakui bahawa mereka masih dalam fasa mengenali satu sama lain sambil melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
“Apa-apa perkara baik, doakan saja. Cuma kami pun ada tanggungjawab masing-masing. Sambil kami berdua melaksanakan tanggungjawab tersebut, saya rasa kami dapat mempelajari banyak perkara yang baru berkenaan kami berdua,” katanya.
Malah, beliau turut menghargai sokongan dan pandangan yang diberikan oleh netizen mengenai hubungan mereka.
“Sebab itu kami sedikit sebanyak terhutang budi kepada netizen di luar sana yang banyak membantu dan kongsikan pandangan mereka di media sosial. Kami baca dan mengikuti,” tambahnya.
Sementara itu, Bella pula kelihatan ceria dan bersyukur apabila ditanya mengenai perjalanan hubungan mereka.
“Kira jadi ke? Insya-Allah. Syukur, Alhamdulillah saya rasa sangat berbesar hati sebab dapat beri perkara yang positif juga. Saya sangat gembira,” ujarnya.
Walaupun masih belum ada pengumuman rasmi, kenyataan mereka jelas memberi gambaran bahawa ada sesuatu yang istimewa terjalin antara mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Terpesona Dengan Bella Astillah” – Syed Saddiq Buat Netizen Tak Keruan!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Syed Saddiq Gigih Teman Bella Astillah Shooting Drama Curi Perhatian, Netizen Komen: “Tak Pernah Dibuat Orang, Bekas Menteri Datang Set”
Artikel Berkaitan: Kongsi Video Nyanyian ‘Untukmu Aku Bertahan’ Di TikTok, Netizen Dakwa Bella Astillah Tuju Lagu Buat Syed Saddiq – “Sebak! Ni Kira Tengah ‘Comforting’ YB”
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Akui Bella Astillah Miliknya?
Sumber: Melodi TV3