HUAWEI lancar siri Mate 50 dengan aplikasi Google

HUAWEI lancar siri Mate 50 dengan aplikasi Google

SELEPAS dua tahun tidak melancarkan siri Mate, akhirnya HUAWEI kembali memperkenalkan siri HUAWEI Mate 50 baharu dengan teknologi inovatif yang menerajui industri.

Umum mengetahui sejak beberapa tahun lalu, peranti HUAWEI tidak boleh menggunakan Google Mobile Services atau GMS, servis yang membolehkan aplikasi-aplikasi dari Google seperti Play Store, YouTube, GMail, Google Maps dan lain-lain. 

Kini, siri HUAWEI Mate50 menyokong kegunaan aplikasi Google bagi memenuhi semua keperluan pengguna sekali gus membolehkan pengguna mengakses semula ke akaun Google dengan mudah dan lancar.

Spesifikasi siri HUAWEI Mate 50

HUAWEI lancar siri Mate 50 dengan aplikasi GoogleFOTO ditangkap oleh Abeden Mung

Model asas dalam siri ini hadir dengan jenama pengimejan dari HUAWEI, iaitu XMAGE, dan  siri HUAWEI Mate50 merupakan telefon pintar pertama yang didatangi dengan XMAGE dengan apertur fizikal boleh laras 10 saiz besar F1.4.

FOTO ditangkap oleh Abeden Mung

Ia berfungsi dengan enjin imej XD Fusion Pro dan pengambilan cahaya tinggi, untuk menetapkan butiran kecerahan, cahaya dan bayang-bayang imej.

FOTO ditangkap oleh Chai Tak Sun

Bukan itu sahaja, HUAWEI Mate50 Pro turut mencatat skor tertinggi di kedudukan pertama dalam DXOMark Smartphone Camera Ranking, sekali gus membuktikan HUAWEI peneraju dalam teknologi kamera.

Bagi Mate 50 Pro model warna oren menggunakan kemasan kulit di bahagian belakang dilapisi dengan kaca Kunlun yang terdiri daripada 10 kuadriliun peringkat nanokristal, menjadikannya lebih berdaya tahan dan tahan jatuh.

Menariknya, Mate 50 Pro model warna oren juga merupakan telefon pintar pertama yang mendapat pensijilan rintangan kaca lima bintang daripada pensijilan SGS Switzerland.

Bahkan, ia juga kalis air bertaraf IP68 sehingga 6m di dalam air.

Dilengkapi bateri bersaiz 4,700mAh, HUAWEI Mate 50 Pro lebih ringan berbanding model terdahulu.

Peranti ini turut hadir dengan teknologi SuperEnergy Boosting yang akan memulakan mod kecemasan dan membolehkan siri HUAWEI Mate50 untuk berada dalam mod tersedia lebih dua jam atau 12 minit panggilan walaupun paras bateri hanya satu peratus. 

Selain itu, siri HUAWEI Mate50 merupakan telefon pintar HUAWEI antara yang pertama menampilkan EMUI 13 SuperStorage, yang mana ia secara automatik mengalih keluar fail pendua dan memampatkan aplikasi yang jarang digunakan. 

Ini sekali gus dapat menjimatkan sehingga 20GB ruang storan, memberikan pengguna lebih banyak ruang untuk foto dan video.

Selain itu, siri HUAWEI Mate50 menyokong SuperHub yang membenarkan pengguna menyimpan imej, dokumen dan teks buat sementara waktu sebelum berkongsinya secara pukal melalui pemindahan aplikasi ke aplikasi secara percuma dan mudah.

Seperti yang diketahui, peranti HUAWEI hadir dengan gedung aplikasi tersendiri iaitu HUAWEI AppGallery untuk semua perantinya.

Bagi mereka yang bimbang tentang keselamatan dan privasi apabila menggunakan HUAWEI AppGallery, aplikasi ini hadir dengan dengan fungsi semakan keselamatan bermula dari pelancaran aplikasi.

Cara mencari ciri keselamatan adalah hanya pergi ke AppGallery > Saya > Pemeriksaan Keselamatan > Imbas.

Imbasan virus, pengesanan penipuan, perlindungan privasi, semakan tingkah laku berniat jahat dan petua keselamatan, semuanya boleh dilakukan hanya dengan satu klik.

HUAWEI kini mampu mengguna aplikasi GOOGLE!

Satu lagi tarikan baharu adalah HUAWEI kini menyokong penggunaan aplikasi Google yang mana pengguna boleh mengakses aplikasi berkaitan Google seperti Google Map, Google Meet, Google Drive dan Youtube. 

ImageWalaupun HUAWEI AppGallery adalah saluran utama aplikasi pada telefon pintar HUAWEI, pengguna kini boleh memuat naik aplikasi Google dengan mencari aplikasi ‘Lighthouse’ di AppGallery.

Seterusnya, tekan butang tetapan (sudut kanan atas), tambah akaun, dan terus log masuk ke akaun Google. 

Kemudian, pengguna hanya perlu ke AppGallery dan cari mana-mana aplikasi Google yang ingin dimuat naik, seterusnya aplikasi Google akan dilog masuk dengan akaun pengguna.

Selain HUAWEI Mate 50 Series, akaun Google juga boleh digunakan pada model tertentu termasuk HUAWEI Mate50 Series, HUAWEI Nova10 series, HUAWEI Nova Y90, HUAWEI Y70, HUAWEI Nova 9, HUAWEI 9SE, HUAWEI P50, HUAWEI P50 Pro, HUAWEI P50 Pocket , HUAWEI Mate Xs 2, HUAWEI nova 8i, HUAWEI Matepad 10.4, HUAWEI Matepad Pro11, HUAWEI MatePad T10, HUAWEI Matepad SE dan HUAWEI Matepad Pro 12.6.

Penggunaan aplikasi Google ini hanya disokong pada peranti HUAWEI yang memiliki perisian rasmi versi Malaysia.

Terdapat dua warna pilihan ditawarkan untuk Mate 50 iaitu Hitam dan Perak yang masing-masing dijual pada harga RM 3,699 untuk model 256GB.

Manakala, Huawei Mate 50 Pro 256GB dijual pada harga RM 4,499, dan Huawei Mate 50 Pro 512GB, model warna oren menggunakan kemasan kulit dijual pada harga RM 5,299.

Bagi anda yang berminat, pra-tempah boleh dibuat melalui laman web rasmi HUAWEI serta kedai rasmi dalam talian Shopee, dan Lazada bermula 3 November, jam 5 petang.

Untuk maklumat lanjut, layari HUAWEI Online Stores atau lawati HUAWEI Experience Stores seluruh Malaysia di sini, dan nikmati ganjaran menarik serta hadiah misteri.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top