Hospital mohon bantuan kesan waris mendiang Chan Mee Long

Hospital mohon bantuan kesan waris mendiang Chan Mee Long

harisfadli@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Hospital Sungai Buloh (HSB) meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris mendiang Chan Mee Long yang disahkan meninggal dunia, semalam.

Bahagian Komunikasi Korporat HSB dalam kenyataan berkata, alamat terakhir mendiang yang berusia 60 tahun adalah di nombor 39, Jalan TK 2/9, Taman Kinrara, Puchong, Selangor.

“Alamat waris terdekat mendiang iaitu adiknya, Chan Mei Poh adalah di sekitar Petaling Jaya, Selangor.

“Pihak HSB memohon waris ataupun orang ramai yang mengenali mendiang atau warisnya untuk hadir ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh,” kata kenyataan itu.

Sebarang maklumat atau pertanyaan berkaitan boleh menghubungi talian 03-61454333 sambungan 3100.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top