Hormat isu Palestin, Fazura kurangkan ‘posting’ pamer kemesraan keluarga

Hormat isu Palestin, Fazura kurangkan ‘posting’ pamer kemesraan keluarga

KUALA LUMPUR- Pelakon popular Nur Fazura menafikan rumah tangga yang dibina bersama pelakon Fattah Amin sedang bergolak.

Menurut aktres jelita itu, kehidupan rumah tangga mereka tidak mempunyai masalah walaupun masing-masing sibuk dengan karier.

Menjawab isu mengenai masing-masing sudah lama tidak kelihatan bersama di media sosial, pelakon Pisau Cukur itu menjelaskan, beliau dan Fattah sepakat untuk tidak lagi mempamerkan kemesraan mereka demi menghormati isu Palestin.

“Saya sangat terkesan melihat penderitaan rakyat Palestin. Jadi, saya rasa tak perlulah tunjuk kebahagiaan bersama keluarga dalam media sosial.

“Bukan setakat gambar bersama Fattah, malah gambar anak, Nur Fatima Aisya pun saya fikir panjang sebelum berkongsi.

“Saya tidak tahu hujung pangkal cerita ini (rumah tangga bergolak) datang dari mana tetapi hubungan saya dengan Fattah okay sahaja.

“Kami jarang berjumpa kerana jadual kerja tidak sama. Pagi dia keluar ke set pengambaran, malam baru balik,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Koleksi Merdeka 2025 Prospec KPM X Fazura, di sini, hari ini.

Nur Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada November 2017. Menerusi perkahwinan, mereka dikurniakan Nur Fatima Aisya, 4.- MalaysiaGazette