SEBAGAI penyedia terminal pintar terkemuka di dunia, HONOR telah komited untuk membina jenama teknologi ikonik global.
Memandangkan semakin ramai pengguna Malaysia memilih telefon pintar HONOR dan peranti semua-senario, HONOR telah menerima banyak pujian untuk fungsi inovatif serta kualiti yang dipercayai sekali gus menjadi salah satu jenama teknologi paling popular di Malaysia.
Cipta pengalaman tontonan terbaik
Dengan peningkatan tontonan menerusi peranti pintar, HONOR tampil sebagai rakan kongsi peranti pintar di Tayangan Supernova 2022 yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad bagi memberikan orang ramai pengalaman menonton kandungan lebih baik.
Tayangan ini diadakan bagi meraikan hasil kerjasama Media Prima Berhad dan Hunan Broadcasting System, salah satu rangkaian televisyen terkemuka China yang menampilkan kandungan eksklusif untuk dinikmati semua.
Kedua-dua kumpulan penyiaran ini berganding menghasilkan rancangan realiti fesyen pertama di Malaysia, ‘Culture Inspired’ dan Shila Amzah Masterclass Musim 2.
Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Li berkata, HONOR sentiasa komited memberikan produk terbaik dan bermanfaat buat pengguna.
“Dari segi strategi pembangunan teknologi, ia berpegang kepada konsep keterbukaan, kerjasama dan inovasi.
“Bermula dari kekuatan penyelidikan dan pembangunan untuk menambah baik pengalaman kerja dan gaya hidup pengguna, segalanya dilakukan menerusi ketersambungan peranti pintar seperti telefon bimbit, tablet, komputer riba, jam tangan pintar dan sebagainya,” katanya.
Tayangan Supernova 2022 dihadiri oleh Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Zurainah Musa; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Rafiq Razali; Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia, Datuk Michael Chan.
Tidak ketinggalan memeriahkan Tayangan Supernova 2022 ialah barisan penyanyi dari program Shila Amzah Masterclass Musim 2 termasuk Shila Amzah, Elvira Arul, Uriah See, June Wong, Lydia Lim, Daniel Sher dan Zev Leong.
Kerjasama pertama dengan Touch ‘n Go
Sementara itu, Timbalan Pengarah Negara HONOR Malaysia, Matthew Ng mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas sokongan yang diberikan kepada HONOR.
Sejak HONOR 70 yang dilengkapi Kamera Penderiaan Super IMX800 SONY pertama di dunia dilancarkan Ogos lalu, ia mendapat pujian meluas daripada pengguna Malaysia dan turut diitiraf sebagai telefon kamera terbaik dalam julat harganya oleh media.
“Sebagai tanda penghargaan kami kepada pengguna, HONOR baru-baru ini melancarkan HONOR 70 dalam warna baharu ‘Icelandic Frost’, hasil kerjasama bersama Touch ‘n Go.
“Kolaborasi ini akan menyelesaikan masalah yang paling sakit kepala iaitu mendapatkan kad Touch ‘n Go NFC serta mengambil gambar dalam cahaya malap,” kata Ng.
Menerusi kolaborasi ini, dua jenama ini tampil dengan set hadiah edisi terhad HONOR 70 dan kad Touch ‘n Go NFC yang mempunyai rekaan ’70’ ikonik ditambah pada reka bentuk asal.
Menariknya, kad Touch ‘n Go NFC edisi tersuai ini tidak akan dijual secara berasingan, dan hanya disertakan dengan pembelian HONOR 70 ‘Icelandic Frost’ edisi terhad pada harga RM1999.
Dengan set hadiah ini, pembeli turut akan menerima kad Touch ‘n Go NFC, Touch ‘n Go RFID dan sarung perlindungan dengan poket kad.
Kerjasama ini merupakan satu kejayaan bersejarah bagi pelancaran set hadiah edisi terhad dan pastinya bakal mendapat sambutan meriah daripada pengguna.
Telefon pintar HONOR 70 warna ‘Icelandic Frost’ edisi terhad ini dikeluarkan pada 28 Oktober lalu dan boleh didapati melalui saluran rasmi yang dibenarkan, sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang HONOR dan dapatkan telefon pintar HONOR 70 secara dalam talian di pautan ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd