Menteri Sumber Manusia, Steven Sim ambil remaja yatim piatu, Wan En sebagai anak angkat selepas melihat keadaannya bersama nenek berusia 83 tahun.
Difahamkan Wan En kehilangan ibu secara tiba-tiba ketika berusia sembilan tahun di mana ketika itu dia masih belum memahami keadaan yang berlaku.
Kongsi beliau, remaja lelaki itu sekali lagi diduga bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika masyarakat Cina bergembira menyambut Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.
Ini menjadikan remaja berusia 15 tahun itu hilang tempat bermanja dan kini hanya menumpang kasih seorang nenek sahaja.
Steven Sim ambil remaja yatim piatu sebagai anak angkat
Steven berkata, menurut nenek Wan En, dia jarang menangis di hadapan orang lain tetapi setiap malam akan menangis sendirian di dalam bilik.
“Kini, mereka berdua bergantung kepada simpanan hari tua nenek untuk kelangsungan hidup.
“Setiap hari, neneknya akan memberikan RM5 kepada Wan En untuk perbelanjaan sekolah, namun remaja itu hanya membelanjakan RM2.50 dan menyimpan selebihnya untuk membeli makanan buat nenek.

“Tidak cukup itu, Wan En juga bekerja sambilan di sebauh gerai makanan dan memperoleh RM20 sehari dimana semuanya diserahkan kepada neneknya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Artikel lanjut: NIOSH peruntuk RM12 juta latih pemberi pertolongan cemas kesihatan mental
Tambah Steven, kisah Wan En menanggung pelbagai ujian di usia muda cukup menghibakan namun dia tetap mengutamakan neneknya dalam setiap perkara yang dilakukan.
Ketika bertemu, nenek remaja berkenaan meluahkan kerisauan mengenai nasib cucu sekiranya terjadi sesuatu pada dirinya yang sudah berusia pada masa akan datang.
“Nenek pegang erat tangan saya menangis sambil berkata, ‘YB, saya sudah tak lama. Kalau apa-apa berlaku kat saya, saya merayu tolong jaga cucu saya.”rayunya.
Kisah menyayat hati remaja ini juga, menyebabkan Steven mengambil Wan En sebagai anak angkat dengan menyediakan elaun bulanan supaya dirinya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.
“Saya juga hulurkan RM10,000 kepada nenek dan berpesan jagan risau. Selagi saya ada, akan ada makanan atas meja mereka.
“Masa melawat mereka tempoh hari, saya ternampak beberapa cawan mi segera, rupa-rupaya itulah makanan yang mereka ulang makan.
“Saya beritahu bahawa nenek sudah tua dan Wan En sedang membesar, jadi mereka perlu makan makanan berkhasiat.
“Oleh itu, saya pergi membeli barang dapur, termasuk ayam, sayur, dan ikan, supaya mereka dapat menikmati makanan yang lebih sihat,” katanya lagi.
Akan cuba yang terbaik..
Menyedari minat Wan En dalam sukan bola kerajang, Steven turut memaklumkan akan membelikan bola sukan itu sebagai hadiah buat remaja berkenaan.
“Saya faham pada usia muda seperti ini, Wan En memerlukan figura seorang ayah untuk membimbingnya.. Saya akan cuba yang terbaik.
“Kisah dirinya juga benar-benar buat saya ingat kembali kenapa saya melangkah ke dalam dunia politik. Misi saya hanya satu iaitu untuk berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia,”ujar Steven Sim.
Dalam pada itu, beliau turut berpesan, agar mendapatkan bantuan jika menghadapi kesusahan kerana kerajaan akan segera membantu tanpa mengira bangsa dan agama.
Sumber: FB Steven Sim Chee Keong