Hilang di hutan, jumpa lemas dalam kolam

Hilang di hutan, jumpa lemas dalam kolam

am@hmetro.com.my

Bukit Kayu Hitam: Lelaki tempatan yang dilapor hilang dalam hutan, ditemukan lemas dalam kolam di sebuah kelab golf, di sini, hari ini.

Mayat lelaki berusia 47 tahun itu ditemukan orang awam, kira-kira 100 meter dari motosikal mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata, sembilan anggota melakukan pencarian mangsa selepas menerima laporan pada 10.58 pagi tadi.

“Operasi turut membabitkan polis dan Angkatan Pertahanan Awam yang keseluruhan seramai 36 orang selain penduduk kampung.

“Pencarian dibahagi kepada empat pasukan gabungan agensi dan penduduk kampung, dengan radius operasi dalam lingkungan 100 meter ke 200 meter dari lokasi motosikal ditemui.

“Pada 6.39 petang, penduduk kampung menemui mangsa dalam kolam kelab golf tidak jauh dari kawasan itu,” katanya hari ini.

Menurutnya mangsa disahkan meninggal dunia ketika ditemui dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada 7.01 malam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top