Jakarta: Penyanyi Rizky Febian, 26, menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan atas faktor kesihatan sehingga menyebabkan perubahan ketara pada wajahnya.
Beberapa hari ini, Rizky atau mesra disapa Iky menjadi sorotan netizen selepas hidungnya kelihatan semakin mancung.
Sebelum itu, isterinya Mahalini, 24, terlebih dulu menjadi perdebatan ramai kerana perubahan sama.
Bapa Rizky iaitu Sule memberitahu pembedahan hidung itu dibuat kerana masalah sinus yang dihidap penyanyi Cuek berkenaan.
“Memang benar, Iky menjalankan pembedahan di Korea. Dia melakukannya kerana ada alasan tertentu. Dia tidak boleh lakukannya di sini (Indonesia) sehingga pergi Korea.
“Minta doanya semoga Iky kembali sihat dan semakin bagus dalam nyanyiannya,” jelas Sule dalam sebuah wawancara.
Terdahulu, Mahalini turut dikhabarkan membuat pembedahan itu atas sebab masalah sinus.
Selain itu, disebabkan tulang hidungnya bengkok. Pembedahan itu dikatakan memang perlu kerana jika dibiarkan akan memberi kesan sampingan dan mempengaruhi kualiti suara mereka.
© New Straits Times Press (M) Bhd