Seorang bekas peguam tampil menjelaskan isu berhubung rumah arwah ibu Ali Puteh iaitu Allahyarham Sabariah Arshad yang bakal disita selepas pelawak tersebut gagal melunaskan tuntutan RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali.
Menurut Reina Lum, dari sudut perundangan, rumah yang terletak di Gombak, Selangor itu sudah menjadi hak milik atau pendapatan masa depan Ali memandangkan ibunya sudah meninggal dunia.
@reinalum Replying to @si_sepet86 Konsep #hartapusaka ✌🏼 #aliputeh #norhidayah #abambocey #bocey #undangundangmalaysia #viralmalaysia #hutang
“Orang yang dah meninggal, tidak boleh memegang harta. Jadi rumah tu mengikut hukum faraid adalah ‘future income’ Ali. Dari segi undang-undang, harta tu dia punya sebab ibunya sudah tiada,” katanya menerusi satu video di aplikasi TikTok.
Reina berpendapat, tindakan mahkamah itu disifatkan sebagai perkara yang memudahkan Ali berbanding terpaksa membuat pinjaman peribadi dan sebagainya untuk membayar hutang RM60,000 berkenaan.
“Daripada you ambil pinjaman peribadi, kena jual kereta atau sebarang harta untuk bayar balik hutang tu.. baik you ambil je harta (rumah arwah ibu) yang akan datang kepada you. Jadi you takkan rasa pun you dah bayar (hutang RM60,000),” ujarnya.
Difahamkan sebagai contoh, Ali atau waris ahli keluarga akan mendapat baki jika rumah arwah ibunya bernilai lebih daripada RM60,000.
Di ruangan komen, rata-rata netizen mula memahami sebab pihak mahkamah menghantar notis sitaan kediaman berkenaan selepas Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan gagal membayar jumlah terbabit kepada Hidayah.
Terdahulu, Ali mengakui hairan kerana masalah berlaku hanya membabitkan antara dia dan Hidayah selain tiada kena mengena dengan harta hak milik arwah ibunya.
Sumber: TikTok Reina Lum