Heung-min pulang ke London minggu ini

Heung-min pulang ke London minggu ini

Son Heung-min (kiri) gagal membantu Korea Selatan melangkah ke final Piala Asia selepas dikejutkan Jordan 0-2. Foto Agensi

KAPTEN Tottenham Hotspur, Son Heung-min dijangka kembali ke utara London minggu ini, selepas Korea selatan tersingkir daripada kempen Piala Asia.

Khidmat Heung-min ditagih Ange Postecoglou menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brighton di laman sendiri, Sabtu ini.

Spurs merindui kualiti Heung-min yang bertugas untuk pasukan kebangsaan dan sentuhannya amat diperlukan bagi menyemarakkan semula cita-cita kelab tersebut untuk menamatkan kempen dalam kelompok empat terbaik.

Ketika ini, Spurs berada di tangga kelima EPL dengan 44 mata.