Umum mengetahui pasangan selebriti, Noor Neelofa dan Haris Ismail masih belum mendedahkan wajah sebenar anak mereka iaitu Muhammad Bilal di media sosial.
Tetapi, mereka tidak lokek berkongsi perkembangan semasa Bilal di media sosial menerusi hantaran di Instagram.
Malah, Neelofa juga ada berkongsi beberapa keping foto yang memaparkan gelagat Bilal sehingga membuatkan ramai ‘geram’ dengan kulit gebu dan tubuh badannya yang comel.
Walau bagaimanapun, sejak kelmarin tular seorang bayi yang didakwa Muhammad tanpa ditutup wajahnya mula tersebar di media sosial.
Menerusi video dimuat naik seorang individu dikenali @eira_gold, bayi yang didukung oleh seorang wanita didakwa Neelofa dan suami, Haris Ismail di sebuah hospital swasta dipercayai Muhammad Bilal.
Selain itu, individu berkenaan mengatakan wajah Bilal seiras dengan sepupunya iaitu Jebat Jayden (anak kepada kakak Neelofa dan pelakon Sharnaaz Ahmad).
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai di mana ramai memuji kecomelan dan ketampanan wajah bayi tersebut.
Selain itu, ada netizen beranggapan bahawa tidak perlu mengambil foto ‘curi-curi’ seperti itu kerana melanggar privasi seseorang apatah lagi menyebarkannya di media sosial.
Malah, terdapat netizen mengatakan bayi tersebut adalah Bilal namun Neelofa meminta jasa baik mereka yang berkongsi video tersebut memadam. Ini kerana selebriti tersebut mahu berkongsi sendiri.
Terdahulu, Neelofa mengatakan dia akan mendedahkan wajah sebenar Bilal dalam masa terdekat memandangkan mereka sekeluarga akan pergi bercuti buat pertama kalinya bersama Bilal.
Untuk rekod, Neelofa berkahwin dengan pendakwah bebas Haris Ismail pada 27 Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung itu pada 29 Januari lalu.
Sumber: TikTok @ismahsyahirah, @eira_gold