Helikopter tentera Kemboja hilang ketika sesi latihan

Helikopter tentera Kemboja hilang ketika sesi latihan

PHNOM PENH – Sebuah helikopter tentera Kemboja hilang semasa sesi latihan semalam.

Kementerian Pertahanan Kemboja berkata, helikopter itu terputus hubungan dengan ibu pejabat tentera udara di Pergunungan Cardamom di wilayah Pursat dan Koh Kong.

“Kehilangan itu berlaku berikutan cuaca buruk dan unit berkaitan telah melakukan pencarian sejak pagi 13 Julai 2024,” tambahnya.

Namun, setakat ini pasukan mencari dan menyelamat masih belum menemui helikopter yang hilang itu dan operasi masih diteruskan. – Agensi