syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pengacara, Hawa Rizwana sentiasa mengingatkan pasukan yang menguruskannya agar menjaga satu sama lain sekali gus menjauhkan namanya daripada terpalit kontroversi.
Hawa, 30, berkata, tanggungjawabnya sebagai anak seni dan pada masa sama menjaga nama baik bukanlah mudah, namun harus dilakukan.
“Saya rasa, pendirian saya kot. Saya okay berkawan dengan sesiapa pun. Tapi, saya pesan kepada orang sekeliling sebab ada ketikanya saya terleka juga.
“Orang sekeliling bukan sahaja ibu bapa tetapi juga pengurus, pembantu peribadi, jurugambar peribadi dan sebagainya.
“Memang saya pastikan pasukan saya menjaga satu sama lain. Setiap yang saya lakukan adalah untuk mencari rezeki.
“Kita hanya mampu menjaga, tapi bukan mudah untuk jadi ‘bersih’ dari kontroversi,” katanya kepada Harian Metro.
Pada masa sama, Hawa ketika ditemui di majlis pelancaran jenama tudungnya, HawaRizwana.co juga sentiasa bersiap sedia untuk berdepan situasi tidak dijangka sekiranya ia berlaku.
“Bagi saya, saya berjaga-jaga, tetapi bila terlalu berhati-hati juga, kita tak bersiap sedia untuk situasi yang buruk. Saya memang bersiap sedia kalau sesuatu yang buruk berlaku.
“Bukanlah kita nak sesuatu yang buruk berlaku, tetapi kalau ada sesuatu yang berlaku, kita dapat laluinya dan uruskan dengan tenang,” katanya. Setakat ini, nama Hawa boleh dilabelkan sebagai bersih daripada kontroversi cinta selain kontroversi membabitkan penampilannya beberapa tahun lalu.
Ā© New Straits Times Press (M) Bhd