Hati saya sudah berpunya, tak minat cari nombor dua – Tengku Zafrul

Hati saya sudah berpunya, tak minat cari nombor dua – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz terkejut apabila mendapat tahu ada wanita yang terpedaya dengan janji-janji manis scammer yang mengaku menjadi dirinya.

“Saya minta semua di sana berhati-hati dengan pelbagai scam di luar sana. Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan. Jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.

“Kalau ada yang selepas ini menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah. Hati saya sudah berpunya dan saya tak berminat nak cari nombor dua,” selorohnya.

Menurut Tengku Zafrul, pesanan itu juga ditujukan khas kepada isterinya.

Baru-baru ini, seorang guru tadika di Kuantan, Pahang mengalami kerugian RM4,200 setelah terpedaya dengan janji manis seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘Menteri Kewangan’ yang dikenali menerusi Facebook.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Guru tadika diperdaya ‘Tengku Zafrul’ rugi RM4,200