Hasil Titik Peluh Sendiri, Amelia Christie Teruja Beli Kereta Kedua Cecah RM150,000!

Hasil Titik Peluh Sendiri, Amelia Christie Teruja Beli Kereta Kedua Cecah RM150,000!

Pelakon jelita, Amelia Christie berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli kereta kedua jenama Jaecoo hasil usaha titik peluhnya sendiri.

Menerusi video di platform TikTok, aktres yang berusia 24 tahun ini teruja mahu membawa pulang keretanya yang berada di ‘showroom’ Jaecoo.

“Alhamdulillah, bersedia untuk mencipta kenangan bersama ‘the new beast’,” katanya di ruangan kapsyen memaparkan kenderaan dipercayai mencecah RM150,000 itu.

Dalam pada itu, Amelia turut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan pembelian kereta keduanya itu dipermudahkan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai turut mengucapkan tahniah kepada Amelia atas kejayaan memiliki kereta baharunya itu.

@amelialim__

Alhamdulillah, Ready to make memories with the new beast. Siapa nak beli kereta boleh cari @HondaDamansara , thankyou Encik Rezam sebab mempermudahkan. First car sampai ke second car pon tetap dengan Encik Rezam <3

♬ original sound – Chrisbrownedit_

Scroll to Top