Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq meluahkan rasa syukur apabila berjaya mengagihkan sumbangan lebih RM1 juta untuk warga Muar hasil kerjasama dengan sebuah jenama fesyen tempatan terkenal.
Menurut Saddiq, manfaat tersebut tidak diberikan melalui wang sebaliknya, sumbangan telah disalurkan dalam bentuk pakaian dan barangan keperluan harian.
Lebih RM1 juta untuk warga Muar
Instagram will load in the frontend.
“Prima Valet dah menyumbang lebih RM1,000,000 ke Parlimen Muar, tapi bukan dalam bentuk duit.
“3,456 baju Melayu dan baju kurung untuk kanak-kanak, 1,625 baju Melayu dan baju kurung untuk orang tua, 500 telekung Nur Aisyah, 500 jubah Ustaz Azhar Idrus dan 800 bakul makanan besar,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.
Tegas Ahli Parlimen Muar itu lagi, pemberian bantuan tersebut berjaya dilaksanakan selepas gigih melakukan beberapa kerja kolaborasi dengan aktres tempatan, Bella Astillah.
Dalam pada itu, Saddiq meluahkan rasa bahagia apabila dapat menghulurkan bantuan kepada warga Muar yang secara tidak langsung meringankan beban mereka.
Artikel lain: Ahli Parlimen tegur Syed Saddiq, jangan lupa tugas sebagai wakil rakyat
Lebih RM1 juta untuk warga Muar
“Ha macam mana boleh dapat semua ini? Bukan dengan bercuti tapi dengan jadi model, buat photoshoot, panjat gunung Kinabalu. Saya akan lakukan apa sahaja untuk manfaat warga Muar.
“Saya dapat apa? Dapat kasih sayang dan rasa gembira yang luar biasa. Apabila saya melihat mereka yang kurang bernasib baik gembira, itu menjadikan saya orang paling gembira,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid tegur Syed Saddiq agar tidak melupakan tanggungjawab utamanya sebagai wakil rakyat.
Syerleena berkata demikian kerana bimbang nama Ahli Parlimen Muar itu kini kerap menjadi perhatian gosip hiburan berhubung keakrabannya bersama aktres Bella Astillah.
Bukan itu sahaja, beliau turut menegaskan Saddiq boleh melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat sekiranya tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya.
Terdahulu, Saddiq mencuri perhatian ramai apabila dia kerap muncul dengan aktres Bella Astillah sehingga tular di platform media sosial termasuk menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah baru-baru ini.
Sumber: Instagram @Syed Saddiq