Harimau Malaya kekal, Vietnam naik dua tangga

Harimau Malaya kekal, Vietnam naik dua tangga
Harimau Malaya kekal, Vietnam naik dua tangga

Pemain-pemain Harimau Malaya giat menjalani latihan bagi perlawanan berdepan Singapura pada Jumaat. Foto: Football Association of Malaysia

RANKING skuad bola sepak negara, Harimau Malaya kekal berada di kedudukan 132 berdasarkan kemas kini terkini Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.

Skuad kendalian Pau Martí Vicente sebelum ini berada pada kedudukan sama sebelum ini pada penghujung November lalu selepas naik satu anak tangga dari kedudukan 133.

Anak buah Pau Marti sudah bersedia berdepan Singapura dalam aksi Kumpulan A Piala ASEAN di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. Foto: Football Association of Malaysia

Anak buah Pau Marti sudah bersedia berdepan Singapura dalam aksi Kumpulan A Piala ASEAN di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. Foto: Football Association of Malaysia

Kedudukan terkini itu juga menyaksikan Malaysia masih ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Thailand (97), Vietnam (114) dan Indonesia (127).

Sementara itu, Singapura asuhan Tsutomu Ogura lawan terakhir anak buah Pau Marti aksi Kumpulan A Piala ASEAN di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini naik satu anak tangga di tangga 160.

Kemas kini kali ini juga menyaksikan Vietnam yang diundi bersama Malaysia dalam Kumpulan F Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 naik dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini.

Dua lagi pasukan yang diundi bersama Harimau Malaya iaitu Nepal dan Laos juga kekal apabila masing-masing berada di tangga ke-175 dan 186.

Scroll to Top