Harga tiket konsert Noraniza didakwa ‘cekik darah’ punca tak laku -“Dah la sendu”

Harga tiket konsert Noraniza didakwa ‘cekik darah’ punca tak laku -“Dah la sendu”

Sebelum ini, penyanyi veteran, Noraniza Idris memaklumkan dia akan menangguhkan konsert Malai Solo yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober 2022 di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur atas beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang berusia 54 tahun itu mengambil keputusan untuk menangguhkan konsert untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan pada bulan berkenaan.

Bahkan, netizen turut mendakwa harga tiket konsert pertama dan terakhirnya itu sebelum bersara dikatakan sangat mahal sehingga menjadi punca tiketnya terjual dalam kuantiti yang sangat sedikit dan tidak dapat sambutan daripada umum.

@syukfendi

Doa yang baik-baik untuk Kak Ani #MalaiSolo #fyp #fypage #fypシ #fyphariini Konsert Malai Solo Istana Budaya Noraniza Idris Ditunda

♬ original sound – syukfendi – syukfendi

Malah, difahamkan juga tiket yang sudah terjual buat setakat ini hanya dalam kuantiti yang sangat sedikit memandangkan ramai tidak mampu untuk membeli tiket konsertnya itu.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang meluahkan rasa kasihan dan mendoakan agar urusan konsert Malai Solo penyanyi kelahiran Johor itu dipermudahkan kelak.

Sumber: TikTok @syukfendi, mStar

Scroll to Top