HARGA tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025, antara penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pencabar sengit, Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 April depan kekal seperti musim sebelumnya.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd ketika mengesahkan perkara itu berkata, bahawa tiket akan dijual pada harga RM50 dan RM70 untuk kategori General Admission, RM150 untuk Unifi Premium, dan RM200 untuk Unifi VIP Grandstand.
“Kami mengekalkan harga ini bagi memberi peluang kepada seramai mungkin penyokong untuk hadir ke Bukit Jalil.
“Lebih istimewa, penjualan tiket akan diuruskan sepenuhnya oleh JDT dan Sri Pahang FC, memastikan agihan yang adil dan memudahkan penyokong mendapatkan tiket,” jelasnya.
Bagi melancarkan proses pembelian, MFL telah mengadakan perbincangan terperinci dengan kedua-dua kelab mengenai agihan tiket.
Penyokong dinasihatkan untuk sentiasa memantau pengumuman rasmi daripada JDT dan Sri Pahang bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pembelian tiket.