PETALING JAYA: Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM3.13 seliter kepada RM3.18 seliter bagi tempoh 30 Januari hingga 5 Februari depan.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, harga tersebut masih kekal rendah berbanding harga diesel yang diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu RM3.35 seliter mahupun harga diesel di pasaran dunia kini.
Bagaimanapun, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal pada paras RM2.15 seliter.
“Bagi harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.43 seliter dan harga runcit petrol RON95 juga kekal pada paras RM2.05 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – UTUSAN