Hanya makan nasi berlauk air & garam, kisah lelaki ini undang sebak netizen

Ramadan menjelma lagi.. Pasti ramai yang gembira menyambut Ramadan bersama ahli keluarga tambahan lagi apabila  menikmati juadah lazat dan enak sewaktu sahur dan berbuka.

Namun, berlainan pula bagi seorang lelaki ini yang hanya makan nasi berlaukkan ‘penambah perasa’ sahaja.

Seperti orang lain yang seronok berkongsi hidangan harian mereka di laman sosial, lelaki dikenali sebagai @Rast_96 itu turut tampil berkongsi hidangan ‘istimewanya’ itu untuk mengalas perut lapar menerusi aplikasi TikTok.

@rast_96

♬ original sound – Tietiena_Helwa

Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila melihat reaksi lelaki itu menikmati juadah nasi berlaukkan air putih ditambah garam itu penuh berselera seperti sudah kerap menjamahnya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen menuduh video yang dikongsi tersebut hanyalah sekadar ‘content’ semata-mata daripada buang duit beli ‘data’ internet lebih baik beli lauk.

Membidas kenyataan terbabit, lelaki yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Sungai Buloh itu memberitahu bahawa kisah itu benar dan dia menggunakan ‘WiFi’ ofis untuk memuat naik video itu.

@rast_96

Jawapan untuk @norlizabintiayob #GreenScreenScan

♬ bunyi asal – rast – rast

Dalam video lain pula, lelaki itu turut berkongsi hidangan yang sama cuma ditambah ikan kering serta kicap untuk dijamah sewaktu sahur.

@rast_96

♬ original sound – Indira Nur Annisa Bp – Indira Nur Annisa Bp

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa simpati dan sebak melihat nasib lelaki itu dan mendoakan agar dirinya dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Bila cermin diri sendiri… Banyaknya nikmat yang Allah beri. Kita ni, atas meja dihidangkan lebih dari 3 jenis lauk. Itu pun ada masa kita merungut kalau makanan itu tak sedap atau tak menepati kesukaan kita.

Sebab itulah kita kena sentiasa bersyukur atas setiap rezeki yang diberikan kerana ramai lagi yang tak berpeluang merasa ‘nikmat’ yang Allah pinjamkan kepada kita.

Sumber: TikTok @Rast_96