Hanya dua rumah amal dikaitkan GISBH berdaftar JKM

Hanya dua rumah amal dikaitkan GISBH berdaftar JKM

KUALA LUMPUR : Siasatan polis mendapati hanya dua daripada 20 buah rumah amal yang diserbu menerusi Op Global didapati berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pemantauan dan pemeriksaan berkala tidak dapat dilakukan JKM terhadap premis itu sekiranya tidak berdaftar.

“Hanya dua sahaja (rumah amal) yang berdaftar daripada 20 (yang diserbu). jadi 18 lagi tidak berdaftar.

“Ini adalah satu kesalahan juga kerana perlu ada kelulusan daripada pihak JKM untuk mengoperasikan sebuah rumah amal,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sekiranya pejabat agama negeri ada mengeluarkan kebenaran rumah amal itu untuk beroperasi, maka ia bukan dibawah tindakan JKM.

Malah, Razarudin berkata, ia perlu merujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Hala tuju kita juga kepada perundangan yang lain,”jelasnya.

Scroll to Top